Thursday 20 February 2014

Apabila isteri cemburu pada suami...


Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

Tuesday 18 February 2014

Apabila mat rempit mengambil kesempatan perempuan cun nak bunuh diri

TERKINI BUNUH DIRI!

Sekumpulan mat rempit ternampak sorang perempuan cun berdiri di tengah jambatan seperti nak bunuh diri. Diorang pun parking la motor diorang kat tepi dan cuba nak menolong.

Leader diorang menghampiri perempuan cun itu dan bertanya, "Apa yg saudari cuba buat ni?"

"Saya nak bunuh diri", perempuan cun itu berkata.

Leader tak nak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan, jadi dia bertanya, "Saya tak dapat nak menghalang saudari, tapi memandangkan saudari dah nekad, apa kata saudari beri saya satu ciuman selamat tinggal?"

So pompuan cun itu pun bagi la french kiss yang kaw-kaw kat leader tu.

Dah siap cium, leader berkata, " Wow, best giler ciuman tu. Kenapa saudari nak bunuh diri?"

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

"Mak ayah saya tak suka saya berpakaian seperti perempuan".

Kisah bercuti di Genting Highland dengan pakej main pakai gelang..!!

http://images.yuktravel.com/images/upload/products/images/MYGTBHFIRO01.jpg

Seorg ayah niat bercuti dengan anak dan isterinya di genting.. dia telefon ke hotel di genting highland...

Ayah: saya nak sewa bilik satu mlm..berapa ringgit??

Hotel: satu malam rm 300 tetapi kalau nak main.. kena bayar lain...

Ayah: knp saya nak bayar kalau nak main?? Sy pergi dgn isteri sekali.

Hotel: memang kat sini mcm tu encik.. kalau bilik saje rm300.. kalau nak main..kena bayar lain.. walaupun dengan isteri encik...

Ayah: mcm mana awak tahu saya main ke tak...

Hotel: selepas encik bayar.. sebelum masuk..kita pakaikan gelang dulu...

Ayah: awak ingat saya tak mampu ke sampai nak pakaikan GELANG???

Hotel: bukan mcm tu encik.. bila dah pakai gelang.. encik dah bebas main berapa kali pun dalam sehari...

Ayah: saya nak main brapa kali pun..ikut suka hati saya la...

Hotel: maafkan saya encik.. tapi kita ada pakej family.. ibubapa... anak bleh main sekali..hanya sekali bayar sahaja...

Ayah: WOIIIIII!! ANAK AKU BARU 5 TAHUN LA!!...

Hotel: Oo... 5 tahun bleh main free.. Tak pyh pakai gelang...

Ayah: kurang ajar... ( terus letak telefon)

Friday 7 February 2014

Kisah si penjual mangga dengan pembeli..!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOpyNXFgix0VQNLSRoMmH3wqM8Mlw5RdetkOoxYOJXcNVLYeS-2tKaVyI9zwims4pSc4LVM1xgDZhsoMz7SD1DHozBLb1uUW96EHOFy7ZKeZoirk9T5D4BO16uindMOAoC-q6QPEXxnx6V/s1600/khasiat+buah+mangga.jpg
Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga ni?"

Peniaga : "RM7 sekilo!"

Pembeli : "Amboi, mahalnye... RM5 sudah la!?"

Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"

Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"

Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"

Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"

Peniaga : "#$%@%&%????...

Kisah Mat Kentut

Ketika mesyuarat sedang berlangsung antara para guru dan guru besar, tiba2 terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yg kurang enak. 

Lalu para guru masing masing memberikan komen;

Guru maths: hmmm..sesuatu yg tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi.."

Guru muzik: "wahh...bunyi nadanya terletak pada chord c major"

Guru fizik: "itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit shj, namun hasilnya luar biasa"

Guru biologi : "begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya"

Guru agama :"ini la salah satu penyebab batalnya wuduk".

Guru geografi : "kedudukannya mengikut arah mata angin"

Guru kaunseling: "perilaku ini x selari dengan perilaku manusia yg bertamadun"

Guru bahasa : " perkataannya boleh ditulis, tapi aromanya tak dapat diungkapkan dengan kata2"

Guru sejarah : "salah satu penyebab berlakunya perang mulut"

Guru besar : "sememangnya saya yang kentut...besar betulkah  masalahnya???"