Sunday, 10 November 2013

Skirt Ketat dan Zip Seluar

http://3.bp.blogspot.com/-xKm-X0laU5U/T_2GKxS1TpI/AAAAAAAAAQI/L73KeCfYsKI/s1600/Zip1892307760.png

Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat
separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri
disebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi
pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk
memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk
membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan
sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka
keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan
sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt... namun dia masih juga
gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur
dibelakangnya.

Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba
dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia
menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan
tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut "Apahal ko pegang
punggung aku? gatal!"

Jawap lelaki tersebut "ko pun gatal jugak... yang pergi bukak zip
seluar aku tiga kali apasal?"

No comments:

Post a Comment