INI SERIES LAWAK... Air Turn Back by Bukit Besi Airways..Pesawat N25 Bukit Besi Airways penerbangan dari Lapangan Terbang Barisan Nasional menuju ke Lapangan Terbang Bebas yang semalam gagal dikesan radar, berjaya dicerap kembali oleh radar malam ini setelah mendapat bantuan dari Satelit NajibSat..
Pesawat dikesan telah membuat `Air Turn Back` menuju kembali ke Lapangan Terbang Barisan Nasional dan tidak menuju ke Lapangan Terbang Bebas. Dikhabarkan bahawa Satelit NajibSat akan membayar bonus kerana kecekapan juruterbang melakukan Air Turn Back dengan sempurna. Pesawat dipandu oleh juruterbang Kapten Roslee Daud (Seli Dayok)
Sementara itu, 2 lagi pesawat Kijal Airlines dan Air Ajil yang masing-masing dipandu oleh Kapten Ahmad Said dan Kapten Ghazali Taib masih gagal dikesan oleh Satelit NajibSat dan dirasakan sudah berakhir di Selatan Lautan Bebas Dalam perkembangan lain, 3 pesawat lain yang dijangka akan berlepas dari Lapangan Terbang Barisan Nasional menuju ke Lapangan Terbang Bebas dalam masa terdekat telah diberi kata dua oleh Satelit NajibSat untuk tidak berbuat demikian.
Bayaran pampasan akan dibuat oleh Takaful Rosmah Insurance jika pesawat tidak berlepas ke Lapangan Terbang Bebas..
No comments:
Post a Comment