Kai Serizawa
AMRAN masuk ke sebuah kedai runcit untuk membeli shampoo. Ketika itu, Pak Abu pemilik kedai sedang menonton siaran Buletin Utama, TV3 di kaunter kedai.
Sedang Amran memilih shampoo, tiba² kedengaran suara orang bertengkar. Rupanya Pak Abu sedang memarahi, kemudian menghalau seorang makcik.
Amran terkejut kerana dia kenal benar makcik itu, itu Mak Bedah, jiran sebelah rumahnya. Amran lantas berlari mendapatkan Mak Bedah.
Amran: Apa yang berlaku Mak Bedah? Kenapa Pak Abu halau Mak Bedah tadi?
Mak Bedah: Mak Bedah nak beli kicap Cap Kipas Udang, harga mahal sangat RM10, Mak Bedah tanya dengan Pak Abu boleh kurang tak? Terus dia halau...
Amran: Eh takkan mintak turun harga kicap pun kena halau?
Mak Bedah: Betul! Dia kata kalau Mak Bedah tak keluar dari kedai dia, dia nak telefon Polis!
Amran: Eh, takkanlah sampai nak report polis sebab minta turunkan harga barang? Dia nak buat report atas kesalahan apa?
Mak Bedah: Kata dia Mak Bedah nak GULINGKAN KERAJAAN.
No comments:
Post a Comment